Tuesday, February 4, 2014

Petua Rambut Rosak Dan Rambut Gugur




Baru-baru ni rambut aku gugur tahap dewa karam singh walia la.. Hang bayangkan bila sikat, berjabu gugur rambut aku. Kalau time sikat tu, gugur, memang normal la, tapi, aku sikat guna JARI pon gugur banyak, cam sengal pulak. Serius aku nak nangis. Ingat-ingat aku, aku nak potong sambut aku. Botak ker, Hesh, tapi takkan lah nak botak chin pulak. Habis la aku nak berangan lawa depan cermin. hahahaha. Aku pon kaji la pasaipa rambut aku ni gugur. Dah la gugur, tambah pulak dengan bercabang macam orang kena shock electric. Lepas tu keras baq hang,. 

Then, aku dah dapat tau apa punca rambut aku jadi cam mak limah and sikit kalah pesakit leukimia. Rupa-rupanya, dulu aku ni suka shampoo rambut. Kalau dok asrama dulu lagi la, tiap-tiap petang waktu aku nak mandi, aku shampoo. Tu lah sebabnya rambut aku merajuk dengan aku .FYI, Shampoo ni ada banyak bahan kimia you all. Bahaya kalau pakai selalu. Then, aku ni nak sangat rambut aku ni kering cepat. Ya la, takkan nak turun Dewan Makan dengan rambut basah terperap dalam dalam tudung. Euww, tak selesa OKAY ! So, aku pon balut-balut dengan tuala, then, rentap-rentap, renyuk-renyuk, goncang-goncang, dan sebagainya caara gila aku nak keringkan rambut. Kalau nak detail lagi, mesti kome rasa macam cara aku nak keringkan rambut ni HORROR kan. hahaahah. Mungkin sebab aku dok rentap-rentap tu, struktur atau akar rambut aku jadi tak tahan. Tu yang dia jadi rapuh. Ada lagi yang lebih disaster, iaitu aku sikat rambut aku macam tarik tali acara sukan tahunan tu. Aku sikat dengan kasar. Pastu, sikat aku semuanya yang bukan jenis jarang, dia rapat-rapat. Biasa lah sikat pon nak rapat-rapat eratkan silaturahim. Hahaha! Aku selalu sikat rambut aku. Kerap GILA. Tu rasanya rambut aku tak kuat. Sebab aku dok sikat selalu dan rentap bagai nak rak. Time tu orang dok puji rambut kite lawa. Kita ni pun kembang kuncup la., Hahaha.

Then, bila lepas SPM tu, aku baru sedar yang rambut aku ni macam berubah ja. Selalu dok gugur dan kasar. Aku pon macam orang tak betul la mengetahui kondisi rambut aku yang dah macam nak mintak dipotong. Huishh, aku tak sanggup nak potong rambut dah. Last aku potong time akhir tahun 2012, tu pon alasan nak SPM kan, rimas rambut aku panjang sangat. hehe! So, SEERRRAAPPP, dah potong. Aku menyesal sebab aku potong rambut. 

Bayangkan atas lantai bilik aku penuh dengan rambut aku. Mak ayah aku tegur aku suruh buang sebab banyak dah. Memang tiap-tiap hari aku buang, sampaikan aku dah penat la katakan.. Last, aku cari google pasal nak rawat balik rambut ni. Banyak la aku dapat information. 

First, Kerat hujung rambut supaya tak bercabang. 
Aku buat benda tu. Hari tu aku ada la dok sorang-sorang dalam bilik air. Dok perosah (perbaiki) gunting rambut aku . 
TETAP tak jadi apa jugak. Ni aku sedikit meradang serupa seladang. 

Second, Daun Bunga Raya nak hitam dan lebatkan rambut SERTA KURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT. 
Okay,  yang ni aku buat jugak. 
1. Ambik daun bunga raya. Dalam 7-8 helai. Jangan pulak pi tebang pokong bunga raya tu. Awat? hang nak buat mandi lulur pokok bunga raya ka?
2. then, letak dalam bekas, masukkan air dalam bekas tu, agak-agak la nak bubuh air tu tara mana. Tapi aku selalu letak sikit ja.
3. Then ramas adunan campuran tu sampai ada lendir keluar. Lendir daun bunga raya ni *katanya* boleh sembuhkan keguguran rambut. 
4. Letak atas rambut then urut-urut rambut tu sampai kena akar rambut tu.
5. Then, bilas sampai bersih.

Okay, aku pon seronok la, sebab dah kurang sikit. Mai esok hari, PUNGGAH ! GUGUR banyak lagi. Ni tak boleh jadi ni. So, aku cari lagi maklumat.

Third, SANTAN untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut SERTA MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT.
Okay, aku try jugak. Time ni aku dah desperate sebab rambut aku boleh dikatakan dah boleh masuk ICU. 
1. Suruh la ayah abah bapak papa daddy abi hampa tu mesin sat kelapa tua..
2. Okay dah mesin kelapa tu, ambik la dalam 3-4 genggam kelapa yang dah dimesinkan tu dalam blander. Then, blander sampai rasa-rasa semua dah hancur lebur.
3.  Lepas tu, perah santan tu dalam bekas. 
4. Jenis aku, aku letak santan tu dalam peti ais, bagi dia sejuk. Hehe. Sebab rambut kita kuat kalau selalu basuh rambut dengan air sejuk. Kalau mandi rambut dengan air ais lagi bagus.
5. So, aku ambik santan tu, dan letak sedikit demi sedikit atas rambut aku. Hampa buat experiment ni dalam toilet tau, jangan pulak pi buat kat dapur, satgi menitik santan tu, lagi mak hampa ketuk kepala hampa dengan sudip karang,.,Kacau dapur dia lagi. hahah
6. Okey, pastikan santan tu kena kat semua rambut dan kulit kepala tau. Urut- urut sikit kulit kepala tu. Then Sikat rambut guna jari sampai kena kat kulit kepala. 
7. Then perap rambut dengan tuala. 
8. Dalam 2 jam perap rambut, basuh rambut dengan air sejuk. Then, tonyoh rambut kome dengan limau nipis. tonyoh setonyohnya..
9. Lepas tu, cuci rambut dengan shampoo. Aku prefer shampoo Safi Limau Purut sebab first time aku pakai, rambut aku lembut siot.
10. then, lepas dah basuh tu, balut rambut dengan tuala. jangan pulak pi rentap-rentap gonyoh-gonyoh rambut tu, tapi terus balut time basah-basah. Biar rasa dah tak dak air minitik, buka tuala then, biarkan rambut tu kering dengan sendiri.

Aku dah buat tesmoni semua ni dengan santan. First trial, aku perap santan tu sampai esok hari, aku bukak tuala dan dapati rambut aku keras gila kalah getah tervulkan. Haha. Then, terus banyak rambut aku gugur sebab keras tervukan tu la.

Then, aku decide nak perap sat ja. then, TARAAA.. Alhamdulillah, time rambut aku dah kering tu, tak dak satu pon rambut aku yang gugur. Alhamdulillah. Ohh, sekarang ni aku dah tak guna sikat. Aku guna jari aku ja kalau nak sikat Rambut aku. So, rambut aku pun dah lembut dan Alhamdulillah jugak dah kurang bercabang rambut aku. Ni berkat hari tu aku potong rambut yang bercabang tu sikit-sikit. Alhamdulillah, sikit ja yang bercabang tu. Aku terima kasih la kepada Allah sebab rambut aku dah sihat dan lebih elok dari dulu. 

Tapi hampa jangan pulak buat sekali ja hat santan tu , kena buat selalu jugak. Nasihat aku 1kali seminggu. Shampoo pun jangan selalu , cukup 2 kali seminggu. Aku dulu la rasa hebat pi shampoo tiap-tiap hari sampai rambut pon dah jadi macam bulu penyapu. 

Tapi kan kalau hampa try hat daun bunga raya tu sesuai kat hampa, amalkanlah selalu, aku dengan daun bunga raya tu tak boleh jadi kawan. hahaha. Alhamdulillah, santan terbaik dengan izin Allah. And bukan santan saja, Limau nipis pun baik untuk rambut. Nak tau pasai pa? Hampa pi search google sendiri la kenapa, baru hampa tau sendiri. So, Semua ni bukan jugak disebabkan santan ka, shampoo ka, bunga raya ka, ni disebabkan izin Allah SWT nak sembuhkan kita. Kalau Dia tak izinkan , maka hang pi la Yun Nam Haircare ka, D'Herbs ka, *pakai rambut palsu ka (?)* memang kalau Allah tak bagi, tak jalan jugak. 
So, Alhamdulillah, rambut aku dah sihat dan menawan. Ceh ! melebih pulak.

Okay, itu ja petua yang boleh aku tolong hampa semua. Yang lain tu berserah la kat Allah. Kita dan berusaha, Allah lah yang menentukan , RIGHT? So, thanks for reading this SERAVOT blog. Mai lagi noh lain kali. hahah!

Selamat Mencuba dan Beramal . haha
Assalamualaikum





Aku harap petua ni dapat tolong hampa semua dalam menyelesaikan masalah rambut seravot hampa tu. Insya Allah mudah-mudahan Allah tolong kita. Amin. Good Luck !




















Thanks For Reading. You Are Awesome

No comments :