Thursday, March 31, 2011

MOOD OKEY!!

Mood? OKEY!! Gumbira sentiasa.. ehehehhe


Salam,...Ari nie mood saya okey! Tadi kena rush pegi kedai Pak Cik Azhari (CC) nak pegi scan surat k.long. fuhh!! akhirnya dah bley scan. Printer kat umah da mereng.. uhuhuh.... kepada k.long, harap2 Bos k.long terima. Amin... Ni saja nak Update... thank for the time...
Thanks For Reading. You Are Awesome

Cinta Dan Anugerah

Cinta Dan Anugerah
ni la Alvino. Segaknyer!! hehehhe

Assalamualaikum, huhuhuhu... saya suka sinetron ni. Tak lama lagi ceta ni dah nak tamat. Alala.. tak best daa... sambung plak ngn ceta Nikita. Cam best jer.. hehehehe... Tapi, ceta ni banyak Artis yang segak2 belaka. Tapi, saya lebih suka Nabila dan Alvino bersatu. Apa2 pun, saksikan di TV9 jam 5.30-6.30 ptg.
Thanks For Reading. You Are Awesome

Single ke Couple?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera terhadap pembaca blog sekalian, hari ni sya nak share dengan korang tentang Single ke Couple?

Couple?
Korang rasa bagus ke kalau bercinta di usia muda? erm, tapi sekarang, ramai yang memilih couple. Tapi bagi sya, couple tak digalakkan untuk golongan remaja. Ya la, kita kan masih muda, banyak rintangan dan cabaran yang akan dihadapi. tapi, ramai kengkawan sya yang couple, tetiba sya rasa cemburu dan iri hati terhadap mereka. Erm, the truth, sebenarnya, saya ni xpandai nak bercinta. Memang dari kecik lagi, sya tak pernah bercinta. Tapi perasaan suka tu ade la. hehehehehe... Semua yang saya suka, sya tak akan beritahu keppadanya yg sya suka kt dye. Dengan kwan2 saya pun saya tak cerita. Sya rasa malu tau nak cerita. Yela, tapi datang je bab couple, sya terus rendah diri coz saya takdak BF. then, sya pergi jauh2 klu diorang nak ceta psl BF diorang.     Kengkawan saya selalu bertanya "ade BF tak lagi?" then, sya kata " tak dak lagi" "tipu la, ni mesti ada dah" sya kata " tak, saya memang tak dak BF"  hahahaha.... then, saya gelak. Tapi, sebenarnya sya jealous sangat. Ade satu hari, saya geram sangat dengan salah seorang kawan saya. `M' *nama samaran* ni ada BF. Ari tu dia buat date ngn BF dia. Pada masa yang sama, sya dtg skolah dgn si M ni. Dye date la dgn mamat tu samapi sya dye lupakan. hurmmmm.... saya geram tahap cipan, saya balik sorang2. MEMANG GERAM TAHAP GABAN!!! Tapi, sya admit yang sya ni xpandai nak couple.. huargh!!


Single?
Saya SOKONG single 100% coz sya rasa kebebasan terhadap diri saya. Ala, buat apa nak cari sendiri2, nanti tahu la jodoh tu nak datang sendiri. Jodoh tu kan di tangan Allah S.W.T. Kita pun tak tahu. Ni memandai je cari sendiri2. Apa pun, saya tetap tak nak couple di usia muda. Biar la apa diorang nak kata. Asalkan saya bahagia di sisi ibu bapa dan Allah S.W.T. Dan tak bergantung pada BF. ahhahaahahahahah... *gelak jahat diselit sedih*  erm, Korang nak tahu, Single ni buat sya rasa aman sekali. Freedom without love! Kengkawan saya selalu kata saya kolot coz takde BF. What ever, asalkan tak kacau hidup aku da... hahaha. Ade yang kata, "itu la, orang nak couple dgn kau, kau tak nak." Lantak rr... eeeeeeee... tak suka bila diorang kata cam tu kat sya. macam la BF diorang tu tak boleh harap! Tahu tak kenapa sya tak nak couple? sya takut mamat2 tu tak boleh harap, main kayu tiga la, suka mainkan perasaan la, macam2 dah sya pernah tengok perkara ni berlaku pada kawan2 saya. Tapi, lepas dikecewakan, pandai pulak yang girl ni cari yang lain. Aduosh! Macam2 maaa..... Kebanyakan yang couple, banyak yang suka tukar2. Tapi bagi sesiapa yang bertahan tu, kira okey la, coz diorang saling memahami. mana la tahu jodoh pada usia muda... hahahahah... Memang saya suka tengok kawan saya yang bertahan dalam bidang pembelajaran dan percintaan. kawan saya `T' *nama samaran* dia dan BF dia dah 2 tahun. Still couple. Alhamdulillah, mana tahu tu jodoh dia. InsyaAllah.... Okey la, terima kasih coz sudi baca articles saya neh.

P/S : maafkan saya jika ada yang terasa hati dengan article saya ni. Ini untuk kebaikan diri sendiri dan untuk memperbaiki diri saya yang sedang lemah ini.. huhuhu... T_T. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan saya sendiri. Thank u ols!!!  WASALAM~
Thanks For Reading. You Are Awesome

Tuesday, March 29, 2011

History Come Again

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera! argh! lenguh badan sebab baru bangun tidur. hehehehe. alamak!! pecah tembelang. hehehehe, jangan marah... Hari ni terasa nak update FB, Myspace la, last but not list.. hehehe, nak update Blog Kesayangan neh.. hahahaha...

Hari neh nak cerita pasal Hari Jaya Gemilang yang akan berlangsung pada 30 March 2011 bersamaan 25 Rabiulakhir 1432 tahun Islam. Esok, sya terlibat dalam persembahan iaitu koir. Kami akan mendendangkan *hehehehehe* lagu Tanya Sama Hati, Through My Window and Ashitaga Aru. Farhana selaku conductor yang comel akan memberi command kpd kemi semua. Sayang Farhana. Walaupun ada ahli baru yang masuk koir, Alhamdulillah, mereka dapat memberi sokongan dan kesetiaan kepada koir.. Terima Kasih sangat. Pada hari yang sama jugak, sya mendapat present untuk anugerah NILAM. hahahaha, Tak percaya, ya la, ingatkan tak dapat apa2. Alhamdulillah, dapat jugak hadiah. hikhikhik... Tahniah juga kpd penerima2 hadiah yang cemerlang. Semoga dapat diteruskan lagi perjuangan terhadap pembelajaran lagi. So, tomorrow i`ll decide nak pegi ngan ayah la klau ujan. heheheheh, Tapi, keian kat Amani plak, sapa nak ntaq dia.. hurm, suruh la BF dia mbik.. hahahahahahahahahaa..... Jahatnya aq, erm, so wish the best la untuk kami geng koir. Sya bangga berada di dalam naungan koir selama 3 tahun tnpa jemu dan letih. Saya Sayang KOIR!!!!!!!!!
Thanks For Reading. You Are Awesome

Thursday, March 10, 2011

Hupdate Dulu..

Salam.. erm.. nak hupdate jugak walau pun xdak masa. Eok, bermula lah cuti penggal pertama. Mak Aih, cikgu bagi keja skolah manyak sangat. Then ada tusyen plak.. Memang tahun exam ni sibuk memanjang. Nanti bulan lima plak, ada Pertandingan Silat. huahaha... saya terlibat. Haiya... Silat, silat jugak, tapi study kena mau. Sekarang ni sibuk buat folio Geografi dan sejarah. SGT BYK!!! Esok ada tusyen luar. Math ngn Science. Sangat best. Pegi dgn Amani.

* Lagu neh tinggal kenangan...
*penat berlatih koir but worthwhile.. =)
Thanks For Reading. You Are Awesome

Wednesday, March 9, 2011

faceblog plak..

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Thanks For Reading. You Are Awesome