Saturday, March 23, 2013

Will Silent ~



Assalamulaikum peepersss.. walawehhhh!! dah berhabuk blog aku nie haa.. Rasa-rasanya mesti dah ada 'penunggu' kan.. Dah lama tak bukak  blog nie. Alhamdulillah, sempat lagi aku bukak blog pada hari keramat ni. Tetiba aku nak update blog nie mesti korang suspect apsal la budak nie tsunami tak dak gempa bumi tak dak tiba-tiba nak update blog bagai. 

ACTUALLY....

Nanti aku takkan update dah. Aku akan menghadapi peperiksaan yang sangat BESAR dalam hidup aku. It is SPM examination. Hari khamis ari tu , senior aku mai ambik result. Syok jer aku tengok depa dapat flying colour result. Then, time tu jugak aku verangan yang aku akan jadi macam depa. Aku nak sangat parents aku bangga dengan aku even just once. Selama ni apa yang aku bagi kat depa hanya lah sedikit. Aku harap kali ni aku nak kasi gempak tahap maksima kat parents aku. Ni aku bukan just cakap, aku akan buat apa yang aku cakap. In Sya Allah. Dengan izin Allah semuanya akan terjadi. Mana lah nak tau dengan izin Allah aku akan dapat result yang baikk atas usaha aku. Aku akan ambik perngajaran dari senior aku tahun lepas. PMR dia hanya dapat 1 A ja. SPM dia dapat 8A, 6A+. Terbeliak jugak aku. Aku nak jadi macam dia. Senior aku sorang ni dulu dia tak berapa famous pon. Tapi aku percaya, dengan result dia yang terbaik dari ladang tu, semua cikgu akan sebut nama dia. Senior aku ni baik sangat dengan cikgu. Dia comel je.. Aku suka cara dia. Mata dia, Subhanallah, cantik sangat ciptaan Allah.. Apa-apa pon tahniah untuk Kak Syakirah.. 

AKU?? aku akan usaha walau apa pon yang terjadi. aku dah janji dengan diri aku yang aku nak mak ayah aku bangga dengan aku suatu ketika nanti. Semua orang pandang aku  macam aku ni tak dak harapan. Tapi akan aku buktikan yang aku pon boleh buat... Jangan fikir yang orang kurang pandai macam aku ni tak kan dapat result yang elok.. aku memang tabik spring lah dengan Kak Kirah. She's like a dark horse.. Aku mula terbayang yang aku dapat straight A's. Aku ambik result dengan ayah aku. Ayah aku menangis kegembiraan dan memeluk aku. Aku call mak aku. Mak aku tak putus-putus bertahmid. Then, bila hari anugerah cemerlang, bila aku naik atas pentas dewan sekolah aku, terasa bangga. Tapi, itu semua hanyalah khayalan dan bayangan gurauan. Tapi, akan aku pastikan yang ia akan menjadi dan terjadi pada suatu hari nanti. 
In Sya Allah... 



goodbye peepers, we'll meet again. =)

 

Thanks For Reading. You Are Awesome