Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Back To December





so this is me swallowing my pride,
standing in front of you 
saying i'm sorry for that night,
and i go back to December all the time..


Okey, mesti korang tahu kan lagu di atas.. lagu di atas yang dipopularkan oleh Taylor Swift yang bertajuk Back To December.... hurm.. December? December ialah bulan yang ke-12 dalam setahun.. Actually, pada bulan 12 juga cuti panjang kan.. Bulan December jugak salji turun.. Pada bulan December ini, masing-masing ada kenangan yang manis kan? huhu! actually, i'm gonna story to you guys what's my tragedy in the last December.. Actually, not accident.. let's check it out! 










Last December, i spent my holiday at Pak Lang's house. Rumah pak lang kat Taiping. So, kat Taiping selalu hujan, * boleh dikatakan setiap hari la.. tapi, tak kerap* But! i liked to spend my holiday at Pak Lang's house... Iman selalu pergi dengan adik iman.. actually too, every year we spend our holiday at pak lang's house.. we so enjoyed and glad to live at pak lang's house.. hehehe =) Okey!  last december too, pak lang brought us to Kuala Lumpur for mak lang's convocation. hehe.. it was very wonderful time.. Kyumie * my cousin, Biha* and I entered in PWTC's hall.. it is a huge hall.. after the convocation, we were departure to Malacca with Cik Fiza.. hihi.. Kami naik Taming Sari.. kami naik Taming Sari pada wktu malam.. Ya Allah, it was a beautiful scenery.. We saw everything.. beauty of Malacca.. haha! At Malacca too, my cousin * Atep* have found a beautiful girl! hahaha... actually, he was attracted with her beauty. hahaha! I always teasing him and asked him to take her number.. hahaha! he got it! bravo to him~ After all of trip In Malacca and Negeri Sembilan.. We're back to Taiping.. hurmm..  






One Day, I was too bored.. then, i found a magazine.. * nama majalah dirahsiakan, sorry* I've seen a boy from that magazine.. he was so charming. ehek! I tried to ask Along *my cousin a.k.a atep* about that man and he knew that boy.. i'd liked fall in **** with that boy! hahahaah... yeah! for me., it's too funny.. I always staring at his face.. hehehe! okey! gedik~ day by day, my parents took me and hadi went to my granny's house... before i went to my granny's house, i've bring that magazine along with me.. hehehe.. 






all of sudden, my granny wants to go to Negeri Sembilan * rumah mak sedara iman* FYI, i got his number.. haha! i was in doubt to call him.. what the heck! then, i didn't know that i've called him in a suddenly! then, he tried to call me back.. i was scared. iman dah miss call dia.. hurmm.. then, i wrote a message to him that i want to apology to him if i've bothered him.. you know! he really arrogant! * that's i want to say* his message " awk yang call saya, that's why i call you back" Ya Allah, tersirap darah iman;... muka ja handsome, tapi, ya Allah... don't want to say anything.. But, i don't understand why i was still like him.. aigoo.. 






When i was back to Kedah.. i tried to find his Facebook.. And i got it! i adding him as my friend, and he didn't approve me.. yeah! maybe i'm a stranger.. i tried one more time. but, he didn't approve me too.. i've give up, then, i just let him go.. yeah! i was loved a stranger man.. he doesn't know me and i don't know him too.. then,.. iman dengar lagu Back to December.. It's sounds like my story.. iman hanya hayati saja lagu tu.. sampai sekarang iman tak kan lupakan perkara itu... sampai sekarang dia tak approve iman lagi.. hahahaha... i know, i macam S.S.. tapi, he doesn't know! hahaha.. tak SS kan... cuma suka2 ja.. hikhikhik




P/S.. Kyumie, you know everything about this story.. just remind it again..






i'm sorry because my broken english.. 
I'm own nothing...



Thanks For Reading. You Are Awesome

Saturday, November 26, 2011

Punca Utama Mengapa Wanita Menangis







Hye peeps, hari ini iman nak kongsi satu entri tentang wanita.. erm, punca wanita menangis? ada berbagai punca. tapi yang iman jumpa ada 5 ja. Iman pon copy ja.. * thanks to the writer* so, check it out...


Hormon
Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
Manipulasi
 Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas
 Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan
Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori
Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka. 

Thanks For Reading. You Are Awesome