Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Punca Utama Mengapa Wanita Menangis







Hye peeps, hari ini iman nak kongsi satu entri tentang wanita.. erm, punca wanita menangis? ada berbagai punca. tapi yang iman jumpa ada 5 ja. Iman pon copy ja.. * thanks to the writer* so, check it out...


Hormon
Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
Manipulasi
 Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas
 Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan
Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori
Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka. 

Thanks For Reading. You Are Awesome

Tuesday, November 15, 2011

background dalam google or yahoo ( for biha)

Assalamualaikumm..

Biha, ko hayati lah hasil kerja aku nie!! GAMBATTE!!









ignore gmba blakang











Alhamdulillah.. hope you will enjoy my first mess toturial.. * budak baru blajar* 
HOPE YOU'LL ENJOY IT, BIHA.. STRIVE!!

Thanks For Reading. You Are Awesome

Thursday, September 1, 2011

1.08 AM.. Mataku masih segar ~

Assalamualaikum...

Actually, entry ni just a simple and tak bnyak songeh sangat la yeh... selalu nya saya merepek tak dak cerita. Okey, pada malam nie.. malam plak.. pada pagi ini.. saya tak tahu kenapa mata saya tak nak tutup. aish! maybe, this is the last time i pegang lovely lappy ni.. Mak oih! exam da lagi sebulan yop! soooo, saya nak minta sesangat sesiapa yang mengenali saya, harap maafkanlah kesilapan saya yang pernah saya lakukan selama ini.. hurm.... nanti, phone, lappy, tv,radio dan semua bahan hiburan akan dilupakan seketika * ei yer ker???? * hurm.. perhaps... kuikuikuikuikui.... harap2 korang semua yang masih student, yang bakal menduduki exam macam saya, perbanyakkanlah dengan amalan sunat dan tak tinggal yang wajib dan juga memperbnyakkan doa agar kita mendapat kejayaan di dunia dn di akhirat........ insyaAllah....





Thanks For Reading. You Are Awesome

Tuesday, August 16, 2011

Sharing Is Caring

Assalamualaikum...

peeper, malam ni i nak share ngan korang tentang hidup kita sebagai muslimah * kalau ko perempuan lah* mari kita hayati dan sama-sama kita renungkanlah video ni... Moga2 korang dapat mengambil iktibar dengan video ni.. Aminn..



Thanks For Reading. You Are Awesome

Saturday, August 13, 2011

Ya Allah, i really regret for what i've done!!

Assalamua'laikum.....

Ya Allah, baru tadi i bukak satu group yang pernah i join.. memang tajuk group tu pon memang mengakitkan hati.. ade la sorang kawan i ni buat group, actually, dulu memang kitorang tak suka ngn sorang budak ni.. so, kwn i sorang ni pon buat la satu group berkaitan ngn budak tu.. actually, kami dulu memang tak suka kat dia atas sebab2 tertentu.. BUT, she's reaallly wise. And everybody love and like toward her. Dia suka tunjuk eksyen kamen kat semua orang. tu yang kami tak suka kat dia. Then, akibat tak suka, kwn i sorang ni pon buat la satu group. F... A........ tak nak gtaw panjang2.. THIS IS PRIVATE !! then, i yang kebengongan pada masa tu pon joined la group yang kureng baik tu... then, i ni macam admin la dalam discussion tu coz i yang paling aktif skali.. then, yang kwn i sorang nie, dia bolah bubuh picture budak tu lam group tu... Memang buat semua orang tau la budak yang kami maksudkan tu.. siap bagi picture lagi. membe i sorang ni pon ngek2 jgak... tak pikir panjang. tapi, dia kata dia dah private kan group.. tapikan kalu group tu private, apsal orang yang tak di invite boleh komen gambar dalam tu???? tak ke pelik???  siap marah kami lagi... Actually, that discussion was mere for joking.. kami tak nak la smpai budak tu tau.. Thenn, ade la mamat sorang ni tunjuk pious dy, dy pon comment janagn dok kata kat budak tu lagi. lam hatiku yang marah * wei, ko tak tau apa2 jangan menyampok!! aku hempok kang! * then, bila dah lama group tu beroperasi, i semakin tak peduli pasal group tu.. then, PADA HARI INI.. 13/8/2011..i terdetik nak bkak group tu, kian megah walaupun tak ramai orang pon yang like. Spa yang nak like kalau buat kerja yang menyakiti hati orang. i bukak balik walls, pictures and some else. MEMANG MENYESAL kerana i cursing my own friend... i pon leave the group.. MEMANG DAH REPENT dah i sorang nie.. hahaha!! i rasa kan, maybe orang tak suka kat i coz i kutuk kawan i sendiqi. Logikkan! maybe form 5 taun lepas benci kat aku... memang aku patut dipersalahkan kerana aku tak fikir panjang., THAT'S all my BAD!! i memang cruel, evil, vile, and ape2 lah... semua yang jahat2.. . 



TAPI, SYA DAH BERUBAH YAH!!!!!! semua manusia akan berubah dengan kehendak Allah, renungkan lah, jangan jadi macam sya.,.. silap langkah, habislah kita..

till then,
assalamua'laikum..........

Thanks For Reading. You Are Awesome

Friday, July 8, 2011

Dear AP :what your hair rules??

Assalamualaikum,,...

hye peeps! lama Iman ta berbual panjang dalam blog ni.. Hari ni Iman nak share ngn peeper tentang kebersihan dan kesihatan diri iman.. ecececeh! let's we start with hair...

HAIR..
rambut adalh mahkota setiap manusia.. stiap oarng mesti nak jaga rambut sendiri.. kan2? actually, iman ni mcm2 fesyen rambut dah lalui.. temasuklah rambut pendek.,. okey2, kita mula waktu iman form one.. 


ni rambut iman waktu form one... serius memang pendek waktu tu... tapi, iman still like rambut ni waktu dulu2.. huhuhu...klau rambut pendek, tak la rimas sangat.. fuh! memang rasa selesa la waktu tu...

ni lah rambut eman waktu form two.. seakan-akan yang ni la.. haha! memang waktu form two iman suka rambut yang ada fridge kat depan.. nmpak cam korean gurlz.. eceh! terperasan diri.. tak3! actually, lepas tengok Boy Over Flower *ceta korea* terus minta kat Geum Jan Di

ni la Geum Jan Di.. comel kan? huhu

then, iman tengok plak ceta The Vampire Diaries... terus jatuh chenta dengan rambut Elene Gilbert * Nina Dobrev* serius iman suka tengok rambut dy..

she's adorable,..

ni la rambut iman yang skrang! serupa sgt cam ni.. tapi, iman warna pink! *nak kena rejam dengan mak kalu bubuh dye!* ni akibat terpengaruh dengan rambut Elena Gilbert... serius cantik rambut dy... macam2 boleh buat kat rambut yang panjang.. sanggul la, ikat tocang tinggi pokok kelapa la.. mcm2 la... tapi, SERIUS, iman tak ikat rambut.. tu yang merebang cam kak limah.. * k limah teruk lagi kot* hahaha... 

actually, this is my regime for my hair... 
  • basahkan rambut selang sehari pada waktu malam. 
  • shampoo seminggu dua kali.. 
  • waktu shampoo, sikat rambut * sy suka buat mcm ni* tapi, klu you all ta suka.. bley je guna jari..
  • balut rambut ngn tuala dan biar rambut kering sendiri. tapi, klau iman, iman just gosok2 rambut ngn tuala then, tunggu bagi kering. kadang2 je balut..

okey, that all.. huhu..i'm sorry if my post too over or annoy. InsyaAllah,  iman akan terima seadanya.. hurm..
Assalamualaikum..


Thanks For Reading. You Are Awesome

Sunday, June 5, 2011

Weird Shoes in the World...

                                                  Assalamualaikum...

erm,.. aq slalu tengok blog kak Arxar.. macam2 benda dy tulis dalam blog dy.. kadang2 aq sampai gelak... sakit perut.. hahaahahah... So, aq nak share la ngn korang mengenai kasut yang PELIK di dunia ni... Kata K. Arxar.. kadang2 susah jugak klau otak manusia hebat.. ish3.. jom layan picture di bawah..




Wow! memang inventor kasut ni memang bijak..  tengok! macam2 boleh letak kat bawah kasut tu.. 
MP3, Handphone ke ape2 lgi la.. Save ruang jugak.. pelik..pelik..pelik.. hahah





mak i ! inventor ni memang betoi2 bijak tahap cipan.. benda yang dia makan pon pijak..
 wow!! bijak2..



NI! kalau ketuk pala org.. mati kat situ jugak.. ni kes berat ni..  silap hari bulan.. nak bunuh orang, terbunuh diri sendiri.. Otak zaman skrang ni wise tahap killer ! hahah


hai! ni design pa plak? silap hari bulan.. pecah heel kat bawah tu, tak berbaloi.. haiya!!





ni sesuai korang nak pegi boxing... korang just terajang jer lawan korang.. xgaduh pun guna gloves yang merah tuh!! hahahah



 adush!!! macam2 idea orang skrang... tapi, unik jugak... hahahah... tapi, orang yang ganas disarankan JGN memakai kasut ni... musnah terus klau pakai.. hahahaahah... 



Thanks For Reading. You Are Awesome

Thursday, March 31, 2011

Single ke Couple?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera terhadap pembaca blog sekalian, hari ni sya nak share dengan korang tentang Single ke Couple?

Couple?
Korang rasa bagus ke kalau bercinta di usia muda? erm, tapi sekarang, ramai yang memilih couple. Tapi bagi sya, couple tak digalakkan untuk golongan remaja. Ya la, kita kan masih muda, banyak rintangan dan cabaran yang akan dihadapi. tapi, ramai kengkawan sya yang couple, tetiba sya rasa cemburu dan iri hati terhadap mereka. Erm, the truth, sebenarnya, saya ni xpandai nak bercinta. Memang dari kecik lagi, sya tak pernah bercinta. Tapi perasaan suka tu ade la. hehehehehe... Semua yang saya suka, sya tak akan beritahu keppadanya yg sya suka kt dye. Dengan kwan2 saya pun saya tak cerita. Sya rasa malu tau nak cerita. Yela, tapi datang je bab couple, sya terus rendah diri coz saya takdak BF. then, sya pergi jauh2 klu diorang nak ceta psl BF diorang.     Kengkawan saya selalu bertanya "ade BF tak lagi?" then, sya kata " tak dak lagi" "tipu la, ni mesti ada dah" sya kata " tak, saya memang tak dak BF"  hahahaha.... then, saya gelak. Tapi, sebenarnya sya jealous sangat. Ade satu hari, saya geram sangat dengan salah seorang kawan saya. `M' *nama samaran* ni ada BF. Ari tu dia buat date ngn BF dia. Pada masa yang sama, sya dtg skolah dgn si M ni. Dye date la dgn mamat tu samapi sya dye lupakan. hurmmmm.... saya geram tahap cipan, saya balik sorang2. MEMANG GERAM TAHAP GABAN!!! Tapi, sya admit yang sya ni xpandai nak couple.. huargh!!


Single?
Saya SOKONG single 100% coz sya rasa kebebasan terhadap diri saya. Ala, buat apa nak cari sendiri2, nanti tahu la jodoh tu nak datang sendiri. Jodoh tu kan di tangan Allah S.W.T. Kita pun tak tahu. Ni memandai je cari sendiri2. Apa pun, saya tetap tak nak couple di usia muda. Biar la apa diorang nak kata. Asalkan saya bahagia di sisi ibu bapa dan Allah S.W.T. Dan tak bergantung pada BF. ahhahaahahahahah... *gelak jahat diselit sedih*  erm, Korang nak tahu, Single ni buat sya rasa aman sekali. Freedom without love! Kengkawan saya selalu kata saya kolot coz takde BF. What ever, asalkan tak kacau hidup aku da... hahaha. Ade yang kata, "itu la, orang nak couple dgn kau, kau tak nak." Lantak rr... eeeeeeee... tak suka bila diorang kata cam tu kat sya. macam la BF diorang tu tak boleh harap! Tahu tak kenapa sya tak nak couple? sya takut mamat2 tu tak boleh harap, main kayu tiga la, suka mainkan perasaan la, macam2 dah sya pernah tengok perkara ni berlaku pada kawan2 saya. Tapi, lepas dikecewakan, pandai pulak yang girl ni cari yang lain. Aduosh! Macam2 maaa..... Kebanyakan yang couple, banyak yang suka tukar2. Tapi bagi sesiapa yang bertahan tu, kira okey la, coz diorang saling memahami. mana la tahu jodoh pada usia muda... hahahahah... Memang saya suka tengok kawan saya yang bertahan dalam bidang pembelajaran dan percintaan. kawan saya `T' *nama samaran* dia dan BF dia dah 2 tahun. Still couple. Alhamdulillah, mana tahu tu jodoh dia. InsyaAllah.... Okey la, terima kasih coz sudi baca articles saya neh.

P/S : maafkan saya jika ada yang terasa hati dengan article saya ni. Ini untuk kebaikan diri sendiri dan untuk memperbaiki diri saya yang sedang lemah ini.. huhuhu... T_T. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan saya sendiri. Thank u ols!!!  WASALAM~
Thanks For Reading. You Are Awesome

Sunday, January 2, 2011

Rahsia disebalik senyuman.. =)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Thanks For Reading. You Are Awesome