Nah, kot2 la korang tergerak hati nak buat.. hohoho... Ni la dia resepi dia....
Ais Krim Oreo yang lazat lagi halal (of course)
Bahan-bahan ( 1.5 liter )
· 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
· 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
· 1 packet kecil - biskut Oreo
Cara-cara
1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba
x
Nah! siap bagi picture lagi.. yng ni yang sebenarnyer.. tapi, sy xbuat lagi.. just promo.. hihihi |
Add caption |
No comments :
Post a Comment